Sunday, March 26, 2017

PERJALANAN SEORANG GURU

Masih teringat kata-kata seorang guru, jangan mengharap untuk menjadikan anak muridmu pandai, tapi niat di dalam hati untuk memberikannya ilmu agar dia boleh hidup dengan baik di kemudian hari. Kerana itu, hatimu akan lebih tenang dan sabar dalam melayani karenah mereka. Kata-kata itu, aku pegang sebagai azimat. Pendidik zaman sekarang apatah lagi guru Pendidikan Seni Visual bukanlah satu kerja mudah. Dalam memartabatkan profesion sendiri, malahan kami juga harus mengubah persepsi murid tentang bergunanya ilmu Allah ini. Seni merupakan satu ilmu Allah yang sering dipandang serong oleh masyarakat. Walhal hakikatnya, seni itu ada di mana-mana. Setiap hari, ejekan demi ejekan murid dibelakangku aku telan dengan manis sekali dengan harapan persepsi itu akan berubah suatu hari nanti. Pesanku pada anak-anakku, tiap satu diajar guru adalah ilmu walaupun hanya sepatah kata dan sebuah titik. Bukalah hatimu kerana Ilmu Allah itu luas dan tiada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment