Wednesday, October 12, 2011

"Allah itu Indah dan Dia Sukakan Keindahan"

Sekali lagi coretan pena dikongsi bersama untuk tatapan dan juga perkongsian ilmu untuk dikongsi bersama. Berdasarkan pernyataan yang terdapat dalam post di atas kita sedar dan tahu bahawa Allah itu sangat sukakan sesuatu yang cantik dan indah. Islam disebarkan melalui utusanNya iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan membawa bersama tauhid. Melalui prinsip tauhid maka lahirlah penekanan dalam prinsip seni. Dalam konsep Seni Islam, ianya menggunakan prinsip 'diversity in unity'. Konsep tauhid menolak elemen fauna dan juga manusia. Berdasarkan konsep tersebut, maka hasil seni yang terhasil ditiru daripada flora. Untuk memastikan terdapat variasi dalam penghasilan seni, kebanyakan pengkarya muslim menambahkan elemen tradisi dalam karya mereka. Ianya dapat dilihat pada karya ukiran kayu seperti awan larat misalannya. Insyaallah penulisan akan disambung.( Jika terdapat kesilapan fakta atau penambahan, anda dialau-alukan untuk berkongsi :) )

Apologize-Timberland

Sunday, October 2, 2011

Islamic Art : Influences on Mihrab Design at Mosque around Sabak Bernam District

Islam datang ke Melaka membawa banyak perubahan pada landskap kehidupan rakyat Melaka.  Kehadiran pedagang-pedagang Arab membawa satu lembaran baru dalam sejarah Melaka.  Maka tebinalah 1 bangunan untuk umat Islam menunaikan kewajipan kepada Allah. Lantaran itu, Seni bina islam Masjid diperkenalkan untuk mengingatkan umat Islam tentang kebesaran Allah. Menurut Lois Lamya Al Faruqi ( 1985 ), terdapat 8 komponan dalam bangunan islam.  Ianya termasuklah courtyard, kubah, aisled sanctuary, riwaqs, iwan, crenellations, menara dan mihrab. Itu inroductionnye...by da way bukan itu yang saya cari...dalam bangunan masjid terdapat satu ruangan kecil yang dipanggil mihrab....ianya banyak dikaitkan dengan kiblat atau penanda arah kiblat dalam sesuatu masjid....tapi saya try to cover pengaruh dalam rekabentuk mihrab expecially form, motif and colour.....kenapa di sabak bernam???sabak bernam mempunyai sejarah yang tersendiri...sambung yang akan datang k..