Wednesday, October 12, 2011

"Allah itu Indah dan Dia Sukakan Keindahan"

Sekali lagi coretan pena dikongsi bersama untuk tatapan dan juga perkongsian ilmu untuk dikongsi bersama. Berdasarkan pernyataan yang terdapat dalam post di atas kita sedar dan tahu bahawa Allah itu sangat sukakan sesuatu yang cantik dan indah. Islam disebarkan melalui utusanNya iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan membawa bersama tauhid. Melalui prinsip tauhid maka lahirlah penekanan dalam prinsip seni. Dalam konsep Seni Islam, ianya menggunakan prinsip 'diversity in unity'. Konsep tauhid menolak elemen fauna dan juga manusia. Berdasarkan konsep tersebut, maka hasil seni yang terhasil ditiru daripada flora. Untuk memastikan terdapat variasi dalam penghasilan seni, kebanyakan pengkarya muslim menambahkan elemen tradisi dalam karya mereka. Ianya dapat dilihat pada karya ukiran kayu seperti awan larat misalannya. Insyaallah penulisan akan disambung.( Jika terdapat kesilapan fakta atau penambahan, anda dialau-alukan untuk berkongsi :) )

1 comment: